SEJIWA adalah koleksi khas yang lahir dari semangat perpaduan dan cinta kepada kepelbagaian budaya Malaysia. Dalam kolaborasi eksklusif bersama Keretapi Sarong 2024, koleksi ini membawa anda menyusuri lorong-lorong warisan, di mana setiap motif dan rekaan adalah penghormatan dan terinpirasi dari setem serta ikon-ikon yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik.
Dari KLCC yang menjulang megah hingga teh ais ikat tepi yang membasahkan tekak di hari panas, dari keagungan burung enggang hingga keenakan nasi lemak, SEJIWA adalah tentang kita – tentang bagaimana kita merayakan perbezaan, dan dalam perbezaan itulah kita temui keserasian yang tulus. Koleksi ini bukan sekadar pakaian, ia adalah cerminan jiwa yang sejiwa – membawa mesej bahawa kita kuat kerana kita berbeza, dan kita sejiwa dalam menyatukan warna-warna budaya yang ada.
Reviews
There are no reviews yet.