Tentang Sekuntom
Sekuntom dengan cara sebutan “se-kun-tom” adalah sebuah syarikat penjenamaan semula dari GuntingBatuKain yang telah beroperasi sejak dari April 2017. Sepanjang beroperasi dari tahun 2017, beberapa koleksi telah dihasilkan bersama kempen video dengan imej agak funky masih segar dalam ingatan.
Nama “Sekuntom” telah difikirkan sejak dari awal tahun 2018. Nama ini dipilih dengan usaha buah fikiran untuk kekal relevan dalam industri fesyen di Malaysia. Oleh itu, penjenamaan semula “Sekuntom” diumumkan pada 5 Januari 2021. Perubahan ini adalah sebahagian dari strategi untuk menekankan kekuatan, kemampuan, pertumbuhan dan komitmen akan datang.
Nama Sekuntom sendiri berasal dari bahasa melayu iaitu “kuntum” dan diolah ejaan huruf ‘o’ dengan sebutan lebih dalam dan berdengung. Ia juga membawa simbolik kepada sekuntum bunga, di mana setiap bunga mempunyai pelbagai kelopak, bentuk, warna dan saiz menjadi inspirasi idea untuk menghasilkan setiap rekabentuk.
Terhasilnya Sekuntom kerana ingin membawa imej fesyen dengan lebih klasik, minimal, esentrik, kreatif dan berkualiti secara lebih Malaysiana.